Izzahti's Blog
Welcome

Replace with your profile;

The Navigations

Story About Links Goodies


The Message

Replace with your cbox code. Jangan lebih dari 210px :3

Credit Sections

Credit kepada owner items yang korang guna. Ingat! :D

Test
Sunday, June 24, 2012 | 7:00 PM | 0 panda
Assalamualaikum
BOLD iTALIC sTRIKE UNDERLINE   LINK

post owner. (blogskin)
Thursday, February 9, 2012 | 7:50 PM | 0 panda
Assalamualaikum!

Semua hamba-hamba Allah yang dikasihi sekalian!
Ini post akan menceritakan tentang empunya blog ini. Ada sesetengah perkara yang boleh dikongsi dan ada yang tidak, jadi,  saya minta maaf jika perkara yang awak ingin tahu mengenai saya itu, saya tidak menyatakan nya di sini. Sekali lagi, maaf

Nama: Alien binti Onion
Umur: 16 Tahun
Tarikh muda tua: 26 Ogos tahun Bawang
Rumah: Di atas permukaan tanah yang rata.
Sekolah: Planet Zuhal. *cari lew kat mane - mane tak kan jumpenye*


Siti Khadijah binti Khuailid
Tuesday, August 23, 2011 | 8:32 AM | 1 panda

Siti Khadijah Binti Khuwailid ra (Ummul Mu’minin petama)Siti Khadijah Binti Khuwailid (Ummul Mu'minin petama) dalam hayat baginda Rasulullah junjungan Nabi Muhammad s.a.w.Nama penuhnya : Siti Khadijah binti khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai, dari golongan pembesar Mekah.

Tarikh lahir : Ada riwayat mengatakan beliau telah dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah. Iaitu sebelum Tahun Gajah kira-kira lima belas tahun. Tahun Gajah itu ialah tahun dimana Rasulullah s.a.w dilahirkan.Usia nabi Muhammad s.a.w ketika dia berkahwin dengan Siti Khadijah ialah 25 tahun, manakala usia Siti Khadijah pula ketika itu 40 tahun.Siti Khadijah sebagai Ummul Mu’minin pertama mempunyai keistimewaan2 tersendiri, berbeza dari sekalian isteri-isteri nabi yang lain.

Keistimewaan Siti Khadijah itu penting dan menonjol sekali.Dia adalah seorang wanita yang jelitawan, mempunyai harta kekayaan, tergolong antara orang2 yang ternama di Makkah.Keturunannya mulia, dari sebelah ayahnya berakhir kepada Qushai.Dari sebelah ibunya, yang bernama Fatimah bersambung kepada Za’idah bin Al-Asham bin Harm bin Rawahah.Siti Khadijah r.a telah hidup bersama-sama Rasulullah s.a.w. yang mulia itu selama 24 tahun.

Disepanjang masa ini, Siti Khadijah r.a tetap menjadi suri rumahtangga, dan kekal terus menjadi isteri yang satu-satunya kepada Nabi s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w tidak berkahwin lagi, melainkan setelah Siti Khadijah r.a wafat dalam usia 64 tahun dan 6 bulan. Apabila Siti Khadijah r.a wafat, Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah mengangkatnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkannya ke dalam liang lahadnya.Siti Khadijah r.a telah melahirkan bagi nabi 6 orang anak. Padahal isterinya yang terkemudian tidak seorang pun mendapatkan anak bagi Nabi s.a.w. Siti Khadijah menanggung berbagai2 penderitaan bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam penyeruannya kepada Islam.

Dia juga telah merasakan bersama2 Rasulullah kepiluan maut ketika menghadapi kewafatan dua orang anak lelakinya, yang bernama Qasim dan Abdullah. Yang lain ialah 4 puteri iaitu:ZainabRuqaiyahUmmi kaltsumFatimah RadhiAllahu anhunna.Di dalam sejarah islam siti khadijah r.a dikira orang pertama beriman dengan seruan Nabi Muhammad s.a.w.Setelah wafatnya Siti Khadijah r.a Ummul mu’minin pertama, bermulalah peringkat baru yang lain yang dihadapi oleh rasulullah saw. Kaum Quraisy sudah tidak ada orang yang akan disegani lagi, sesudah kewafatan Abu Talib dan siti khadijah.

Maka orang-orang Makkah semakin buas menimpakan kesusahan dan penganiayaan dengan sewenang-wenangnya ke atas kaum muslimin.Nama Siti Khadijah r.a tetap hidup suci dan segar dalam ingatan Rasulullah s.a.w. baginda sentiasa menyebut2 Siti Khadijah r.a sehingga menimbulkan rasa cemburu pada Siti Aisyah r.a.Ramai pengkaji sejarah merumuskan, bahawa perkahwinan rasulullah saw. dengan seorang isteri yang berusia lebih tua dari usia baginda dan yang telah menjadi dua kali janda, mengandungi banyak hikmat yang tersembunyi, yang mana jika baginda beristeri dengan seorang wanita yang lebih muda, mungkin isteri itu tidak mampu menanggung seperti hal-hal yang ditanggung oleh Siti Khadijah Binti Khuwailid itu.

Pengalaman dan kesabaran seorang wanita yang lebih umurnya itu tentu sekali telah banyak menolong siti Khadijah r.a sebagai isteri nabi di dalam keadaan masa yang serba rumit dan penuh dengan krisis itu.Moga-moga Allah akan membalas segala kebaikannya, merahmatinya dan meridhainya.Amin. Ya Allah


Sorry!
Thursday, May 26, 2011 | 9:40 PM | 0 panda
Assalamualaikum!

ini post pertama saya ! saya harap anda semua tidak membosan membaca! jika anda semua ingin keterangan lanjut tentang blog ini pergi blog ini Miss Flower
Sekian Terima Kasih!